Ilham Abata
Ilham Abata

Ilham Abata

Muhammad Ilham Bin Che Halim (Jawi: محد الحام بن ﭼي حليم lahir 3 Mac 1988) atau lebih dikenali sebagai Ilham Abata merupakan seorang Pelawak, pelakon, pengacara, penulis skrip & pengarah bebas di Malaysia. Beliau berasal dari Alor Setar. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang pengajian seni di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan.Beliau telah aktif dalam industri ini sejak 2012 dengan pelbagai pengalaman, dari menjadi penghibur sehingga mencapai posisi pengarah produksi utama. Beliau mula terlibat dalam bidang pengarahan sekitar tahun 2020 untuk beberapa kandungan Televisyen Tempatan, terutamanya dalam format Filem, Tele-Filem dan Filem Pendek.Dengan cara pemikiran dan pelaksanaan yang segar dan gigih, beliau sentiasa berusaha untuk memberikan hasil akhir dengan gayanya tersendiri. Sejak tahun 2013 hingga kini, beliau telah terlibat dalam banyak program TV komedi seperti Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega. Pastinya, beliau adalah pemikir hebat dan pencipta kandungan.Beliau kini merupakan seorang Pengarah Kandungan Kreatif di sebuah syarikat produksi iaitu Arisprop Production Sdn. Bhd yang bernaung di bawah kumpulan syarikat Arisprop Capital Berhad.

Ilham Abata

Anak-anak 4
Pekerjaan
  • Pelawak
  • Pelakon
  • Pengacara Majlis
  • Penulis Skrip
  • Pengarah Bebas
Pasangan Juju Layya
Tahun aktif 2010 – kini
Anugerah Maharaja Lawak Mega
Nama lain Ilham Abata
Kelahiran
Muhammad Ilham Bin Che Halim

(1988-03-03) 3 Mac 1988 (umur 35)

Rujukan

WikiPedia: Ilham Abata https://gempak.com/berita-terkini/muzikal-lawak-su... https://gempak.com/intrend/maharaja-lawak-mega-202... https://www.youtube.com/watch?v=hXM9M-qwGmA https://watch.plex.tv/en-GB/movie/dendam-hantu-lat... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/hari-keb... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/aksi-luc... https://www.aimanabdullah.com/2022/08/telefilem-ka... https://rtmklik.rtm.gov.my/play/program/jemputmasu... https://www.facebook.com/irastanabe https://www.instagram.com/ilhamabata/